7 Perkara Asas Dalam Berkawan

on Monday, May 21, 2012

KONGSI ILMU

As-Salam.
Kawan ada banyak jenis kawan. Ada kawan suka cerita pasal wayang ... ada kawan cok suka pasal politik, ada yang suka gossip panas, ada lak yang layan cerita dan perkara yang lebih ilmiah. Kawan juga berkait dengan umur. Bila umur anda semakin meningkat, corak dan cara anda berkawan akan berbeza. Malah, anda akan jadi berlainan bila berada dalam kelompok kawan yang berlainan.


Ada kawan yang sensitif. Ada kawan yang jenis tak kisah. Ada lak kawan yang suka busy body, segala hal nak tahu. Ada pula kawan yang jenis pendiam ...hanya dengar dan lihat... tapi bila bersuara .. anda akan terlopong dengan hujahnya.

Gitulah, lain tempat lain cara anda berkawan namun saya ingin berikan 7 perkara biasa yang perlu ada dalam berkawan. 7 perkara ni secara am dari pengalaman saya yang singkat. Ada apa2 nak tambah, boleh tambah ... boleh kongsikan dengan yang lain.


Tujuh Perkara Asas Dalam Berkawan
  1. Etika bergurau senda dengan seorang kawan, jangan berlebihan sehingga anda menyakiti, fikir dulu sebelum melakukan sesuatu; elakkan lawak yang melibatkan peribadi. Pilihlah masa dan situasi apabila ingin bergurau. Kadangkala gurauan kita boleh menghiris hati dan perasaan kawan kita tanpa kita sedar.
  2. Jangan terlalu celupar. Mengkritik boleh tapi awas pertuturan dan tingkah laku. Seorang ciri kawan yang baik adalah dia sentiasa membantu kita untuk menjadi yang terbaik. Yang salah tetap kata salah. Yang betul tetap betul. Jadi, jika ingin mengkritik dan memberi nasihat, lihat diri sendiri dahulu, dan fikirkan pendekatan terbaik.
  3. Elakkan diri dari terlalu mengambil tahu hal peribadi orang terdekat kawan anda seperti keluarga, suami atau isteri. Terlalu membiarkan diri terbabit dengan hal peribadi boleh membawa diri kita dalam kancah kekecohan dan akan timbul isu 'orang ketiga'.
  4. Simpan rahsia kawan anda, elakkan dirinya diaibkan disebabkan anda. Rahsia tetap rahsia. Jangan dedahkan walaupun sedikit. Ia tanda amanah yang harus anda pegang.
  5. Terima kelebihan dan kekurangan kawan anda. Jangan dengki dengan kelebihannya dan jangan pula mengejek kerana kekurangannya. Malah, anda boleh menjalinkan persahabatan yang kuat dengan membuat sesuatu dengan kelebihannya, dan mengelakkan melakukan sesuatu yang boleh menyentuh kelemahannya.
  6. Beri kebebasan untuk kawan kita berkawan dengan orang lain. Jangan menyekat kebebasan untuk mengenali orang lain, jangan sempitkan dunianya. Hormati hak kawan anda untuk berdamping dengan orang lain.
  7. Jika kawan anda marah. Jangan provokasi kemarahannya. Malah anda patut memberikan sedikit masa dan ruang supaya rakan anda bertenang. Dalam keadaan marah, tiada apa yang akan menjadi positif.
Ranking: 5

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian saudari dan saudara meninggalkan komen dan rasa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Malaysia Cheap Web Hosting
© Seribu Satu Kisah Adam Hawa All Rights Reserved 2013
HASRULHASSAN.COM Top 3 Favourite Educational Blog MSMW2013.