Tanda Anda Terkena Sihir Atau Buatan Orang

on Saturday, May 19, 2012

KONGSI ILMU

As-Salam.
Wahai adam dan hawa, bentenglah diri dari terkena perkara-perkara yang tidak diingini. Dan awas dengan mereka yang menggunakan sihir sebagai perantara untuk memusnahkan sesama manusia. Bagaimana nak tahu anda terkena sihir?

Antara tanda terkena sihir atau buatan orang adalah seringkali ternampak atau terdengar sesuatu yang pelik. Ini merupakan antara simptom terkena sihir yang biasa dan sering berlaku.

Pelik yang dimaksudkan di sini adalah menyuruh melakukan sesuatu yang luar biasa, atau keluar dari norma seorang manusia. Antara contoh paling mudah ialah mencederakan diri sendiri ataupun membunuh diri.

Halusinasi merupakan antara simptom yang dikaitkan dengan sihir. Ternampak sesuatu yang pelik yang orang lain tak nampak, seperti wajah seseorang yang telah lama meninggal dunia, atau mungkin bayangan sesuatu peristiwa lampau.

Ada juga yang memberikan tanda seperti melihat sesuatu yang di luar kebiasaan, seperti nampak yang kurus itu gemuk, yang cantik itu buruk, yang gelap itu terang dan seumpamanya.

Salah satu hadis riwayat Bukhari dan Muslim ada menerangkan bagaimana Nabi Muhammad s.a.w pernah disihir; yang bermaksud:

Dari Aisyah: "Nabi pernah disihirkan sehinggalah Baginda menyangkakan bahawa ia telah mendatangi mereka (isteri-isteri) sedangkan ia tidak mendatangi mereka" (HR: Bukhari dan Muslim)

Ranking: 5

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian saudari dan saudara meninggalkan komen dan rasa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Malaysia Cheap Web Hosting
© Seribu Satu Kisah Adam Hawa All Rights Reserved 2013
HASRULHASSAN.COM Top 3 Favourite Educational Blog MSMW2013.